NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diskaun saman trafik sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia


KAMPUNG GAJAH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran saman trafik terpilih sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Perak.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Barudin Wariso berkata, bayaran boleh dibuat di kaunter diskaun saman trafik di Litar Dato' Sagor, di sini bermula hari ini hingga Ahad ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Katanya, pihaknya hanya menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua saman trafik kecuali saman seperti kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap. 

"Pengecualian diskaun turut membabitkan saman berkaitan ubahsuai ekzos, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah dan memotong secara berbahaya atau potong barisan selain menggunakan lorong kecemasan serta saman yang dikeluarkan ketika Op Selamat," katanya dalam kenyataan hari ini. 





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo