NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Survival pekerja masa depan bergantung kepada kreativiti - Pakar AI

Kai-Fu Lee percaya pekerja kreatif akan dapat bertahan memandangkan sifat unik ini tidak boleh diganti oleh algoritma. - Gambar hiasan/PEXELS

KUALA LUMPUR: Empat tahun lalu, pakar kecerdasan buatan (AI) dan komputer dari Taiwan Kai-Fu Lee menjangkakan AI dan automasi akan menggantikan hampir separuh daripada kerja seharian manusia dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Ia berdasarkan fakta bahawa jika AI mampu mempelajari corak kehidupan manusia, tidak mustahil juga untuk AI dapat mempelajari ‘kecerdasannya sendiri’ pada masa depan.
Memetik portal Quartz, lebih membimbangkan apabila 'teori' itu dipercepatkan dengan kedatangan pandemik sejak awal tahun 2020.
Namun Fu Lee dalam penulisannya percaya pekerja yang kreatif akan terus dapat bertahan memandangkan sifat unik ini tidak boleh diganti oleh algoritma AI itu sendiri.
Jadi, bersediakah kita untuk masa depan yang akan melihat peri pentingnya kreativiti dalam meneruskan kehidupan?
Sebagai permulaan, kita boleh menggunakan cara pemikiran baharu dalam tiga bidang ini.
1. Pendidikan
Di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat (AS) mereka menerapkan pembelajaran seni visual seminggu sekali dan mewajibkan pelajar menghadiri kelas matematik pada setiap hari. Ini kerana tenaga pengajar di negara itu berpendapat kreativiti boleh ditonjolkan menerusi seni visual pengiraan yang dipelajari dalam subjek Matematik.
Maka, pelajar dilengkapkan untuk menyatakan idea baharu menerusi visual dengan menyusun video-video yang menarik serta membina prototaip mudah. Dalam kelas tersebut, pelajar turut diberi perhatian mengenai teori warna, statistik dan menggunakan perisian penyuntingan video, yang mana idea atau tugas ini tidak boleh diambil alih oleh robot.
2. Latihan semula
Pandemik menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan, dan tidak kurang juga mereka yang tidak kembali bekerja selepas tempoh 'rehat'.
Baru-baru ini daripada dua juta tawaran kerja kosong yang dikaji, separuh daripada majikan mengharapkan aspek kreativiti sebagai salah satu elemen penting yang diperlukan. Malah daripada dua juta resume, 75 peratus daripada pemohon tidak mempunyai atau tidak memasukkan kemahiran kreatif yang ada pada mereka.
Sejak dunia dilanda wabak COVID-19, tontonan Adobe Live, yang menawarkan tutorial percuma dan inspirasi untuk projek kreatif meningkat dua kali ganda dengan purata tontonan lebih daripada satu jam.
Maka, orang ramai boleh melayari platform kreatif seperti Adobe Live untuk meningkatkan kemahiran kreatif supaya lebih berdaya saing. 'Alat' kreatif yang digunakan pula hanya ringkas namun memberi manfaat kepada pengguna. Sebarang rancangan pemulihan ekonomi yang baik, kerajaan harus merangkumi latihan seperti itu.
3. Alat bantu pekerjaan
Syarikat perlu melengkapkan pekerja mereka dengan alat bantuan pekerjaan untuk meningkatkan produktiviti serta kreativiti mereka.
Sebagai contohnya menyediakan perisian dan latihan kreatif menggunakan perisian Adobe.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo