NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kapal terbang kertas

"Cikgu! Cikgu! Dia main jet", mengadu seorang murid perempuan.

Aku ke tempat murid yang dimaksudkan. Laju dia sorok jet dalam meja.

"Apa awak sorok dalam meja tu?" soalku.

Diam. Muka tunduk sahaja.

"Keluarkan. Cikgu nak tengok".

Takut-takut dia keluarkan. Letak atas meja satu jet kertas.

"Cantik jet awak ni. Mana awak belajar buat jet gini?"

"Kawan ajar masa dulu-dulu".

"Cuba lancar jet pejuang awak cikgu nak tengok jauh mana perginya".

"Boleh main ke cikgu?" soal dia terkejut.

"Boleh".

Wajah yang tadi takut-takut terus bertukar ceria dan gembira. Dilancarkan jet melayang dalam kelas. Laju bukan main jet dia.

Setelah beberapa kali dia lancarkan jet pejuangnya, aku panggil dia pula.

"Dah. Mai sini jap".

Dia datang dan akur.

"Awak buat jet ni dengan kertas mana?"

Dia keluarkan sebuah buku tulis. Dipotong buku dengan gunting untuk buat jet.

"Ok dengar sini. Main jet tak salah. Tapi jadi salah bila main masa belajar. Nak main jet, nanti cikgu setting satu masa, satu kelas kita lawan jet siapa paling hebat. Nak tak?"

"Nakkkkkk cikguuuu!"

Gitu semangat dia jawab.

"Yang kedua. Tak boleh guna buku tulis untuk buat jet. Buku tu untuk belajar. Nak ambil kertas buat jet, guna buku conteng. Atau beli kertas A4. Atau guna apa-apa kertas. Buku untuk belajar jangan sesekali gunting atau koyak. Faham?"

"Fahammmm cikguuu!"

Settle...

Dulu-dulu, aku selalu ingat. Apa jua benda tak betul kita buat, kita asyik kena marah saja. Kita diajar untuk menerima arahan sejak kecil. Wajib patuh.

Tanpa sedar, sebenarnya kita menyekat banyak potensi anak-anak kita.

Benarlah bermain dalam kelas itu salah. Ia jadi salah dan tak bermakna kerana tiada yang bimbing. Tiada yang pandu.

Main baling-baling jet, kena mata kawan, sangkut kat kipas kat almari tak ada orang ambil, jadi sampah dalam kelas, bising yang tak ketahuan, koyak buku belajar dan sebagainya.

Namun bila main itu dipandu, dibimbing guru, kreativiti murid dapat dicungkil. Disiplin dan kerjasama dapat diterapkan. Saling bantu membantu bersihkan kelas selepas main dan bermain dengan selamat.

Nampak tak dua perbezaan besar disitu?

Kadang bukan semua yang kita nampak salah itu salah.

Yang salah hanya kerana kita tahu marah-marah.
Yang salah hanya kerana kita suka menyalahkan mereka.
Yang salah kerana kita tidak memandang dari mata lebah.
Yang salah kerana kita yang berkeras dan tidak mahu berubah.

Sedangkan yang nampak salah itu sebenar boleh menjadi betul dan bermakna dengan sedikit sentuhan berbeza.

Kan?

#MFS
- Kisah Tahun 1 -

T.me/MohdFadliSalleh

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo