NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP nak suburkan budaya rasuah di Malaysia?

Anthony Loke keluarkan kenyataan ‘rakyat Malaysia mungkin akan OK dengan rasuah jika dapat manfaat’. Daripada kata-kata bekas Menteri Pengangkutan ni, rakyat dah mula nak mempersoalkan adakah DAP mahu menyuburkan budaya rasuah? Atau kenyataan itu adalah untuk ‘menyucikan’ perbuatan Presiden mereka yang sekarang ni kes rasuahnya masih di bicarakan di mahkamah. 

Rakyat sebenarnya sudah mengenali wajah sebenar pemimpin DAP. Di depan kita mereka menolak rasuah tetapi dibelakang kita ada ‘tangan’ yang menerima. Masa PH memegang kerajaan, kes rasuah LGE digugurkan oleh mahkamah tanpa campur tangan Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas. 
Padahal kalau nak tarik balik sesuatu kes jenayah mestilah di bawah kuasa Peguam Negara. Masalahnya Tommy Thomas ni adalah peguam kepada kes rasuah LGE sebelum ni. Jadi yakinkah kita tiada unsur rasuah dalam penguguran kes LGE ni?

Persoalannya DAP ni nak suburkan budaya rasuah atau banterasnya? Malaysia takkan ‘ok’ kalau wujudnya rasuah.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo