NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tamparan hebat buat PKR, hanya 12 peratus ahli keluar mengundi

PETALING JAYA: Pemilihan kebangsaan PKR menyaksikan sambutan suram dengan hanya 12.26% daripada 1.1 juta ahlinya keluar mengundi dan sumber dalaman parti memberi amaran bahawa PKR mungkin menuju bencana pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut dokumen kiraan akhir yang dilihat oleh FMT, hanya 137,127 daripada 1,118,423 ahli yang layak keluar mengundi secara fizikal atau secara dalam talian.

Ini tidak termasuk lapan cabang yang perlu melalui pemilihan semula selepas terdapat gangguan dalam pemilihan pada hujung minggu lepas.

Jumlah itu menunjukkan undian dalam talian disambut baik dengan 70,200 daripada 76,932 yang mendaftar mengundi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi secara fizikal sangat rendah dengan hanya 59,056 daripada 1.04 juta pengundi yang layak keluar mengundi.

Peratusan keluar mengundi tertinggi di cabang-cabang di Selangor di mana PKR menerajui kerajaan, bagaimanapun purata bagi negeri itu adalah 13% daripada mereka yang layak mengundi.

Peratus tertinggi adalah di Shah Alam dan Sabak Bernam di Selangor di mana kira-kira 24% pengundi mengundi secara fizikal dan dalam talian. Paling rendah adalah di Saratok, Sarawak, di mana hanya 0.27% atau 4,405 orang mengundi.

“Ini adalah yang terendah keluar mengundi dalam sejarah pemilihan PKR,” kata sumber dalaman parti kepada FMT.

“Pemimpin harus menganggapnya sebagai amaran kerana ia membabitkan kepentingan parti yang dipandang enteng ahli sendiri. Tak perlulah meneka apa tanggapan orang ramai.”

Katanya, sama ada pengundi sudah lesu atau tiada lagi keyakinan terhadap pemimpin utama, Anwar Ibrahim, termasuk isu persengketaan kepimpinan, PKR perlu mengambil perkara ini sebagai petunjuk berhubung prestasi parti itu pada PRU15.

Seorang calon di Perak berkata, beberapa cara kempen membabitkan “beli undi” pada pemilihan parti menyebabkan banyak ahli tidak berminat turut serta, justeru menjadi persoalan mengenai integriti parti yang mahu melakukan pembaharuan di negara ini.

“Akar umbi terjejas mengambil kira kurangnya jumlah keluar mengundi dan bimbang mungkin parti akan kalah teruk pada PRU15,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, mengesahkan jumlah keluar mengundi rendah, dengan menyatakan ia mungkin dikaitkan dengan banyak jawatan tidak ditandingi di semua peringkat dan membabitkan kesemua sayap.

“Bagi perebutan jawatan tertinggi, ramai ahli tidak mengundi kerana menganggap persaingan berlaku secara kekeluargaan, terutama membabitkan jawatan timbalan presiden,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, menggambarkan jumlah keluar mengundi sebagai “agak baik”.

“Kita hilang beberapa pemimpin utama akar umbi yang mungkin menyumbang kepada jumlah keluar mengundi rendah di beberapa bahagian susulan kurangnya persaingan.” katanya kepada FMT.

“Saya fikir ada 20% atau lebih ketua bahagian juga menang tanpa bertanding. Selain itu kita mengadakan pemilihan parti dengan notis singkat dan juga ketika musim perayaan.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo