NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO Islam perlu bersatu tangani isu umat islam

SEPAKAT: Muhammad Akmal (duduk dua kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan NGO Islam Tawau.

TAWAU: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam perlu saling membantu bagi mengangkat dan menyelesaikan isu-isu umat islam yang berlaku dalam kawasan masing-masing.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Muhammad Akmal Othman berkata semua NGO Islam perlu bersatu supaya boleh mencapai matlamat pertubuhan.

Katanya, YADIM Sabah sebagai salah satu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut berfungsi menyelaraskan aktiviti NGO Islam dan rakan strategik dalam memasyarakatkan dakwah.

“Saya mencadangkan supaya satu gabungan NGO Islam ditubuhkan di daerah ini supaya kesatuan fikiran dan amal dapat diselaraskan.

“YADIM Sabah bersedia membantu untuk menyelaras dan seterusnya berkolaboratif dalam program yang dapat memberi manfaat kepada ummah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan mahabbah bersama 12 wakil NGO Islam daerah Tawau, baru-baru ini.

Muhammad Akmal berkata NGO akan bergerak dan melaksanakan aktiviti mengikut kemampuan yang mereka ada.

“Kerajaan pula menjalankan tanggungjawab mengikut bidang kuasa dan menyalurkan bantuan berdasarkan keperluan rakyat.

“Justeru, perlunya ada kolaboratif antara NGO dan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu program yang melibatkan masyarakat,” katanya.

Menurutnya, semua NGO Islam yang ada di daerah ini diharapkan dapat bersatu demi membangunkan ummah secara keseluruhannya.

Terdahulu, pertemuan itu dihadiri wakil USIA Tawau, Persatuan Khairunnisa Tawau, Persatuan Muallaf Muslimah, Persatuan Putera Puteri Islam Bahagian Tawau (PERPPIS), Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah, Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Dakwah Sabah (PKPDS), Jawatankuasa Imam-Imam Tawau, Sabah Relief, SRI Tahfiz al-Baghdadi Tawau dan Maahad Durrussalam.


Sumber | Utusan Borneo




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo