NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KVC bakal tawarkan pilihan pengecas kendaraan Huawei di Malaysia


Huawei Malaysia dan juga KVC Industrial Supplies kini telah memeterai perjanjian, sekaligus akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam memenuhi permintaan untuk pengecas kenderaan elektrik di Malaysia.

Melalui kerjasama ini, KVC Industrial Supplies akan mendapatkan perolehan daripada Huawei untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik – sementara Huawei akan memfokuskan sebagai penyedia teknologi dan latihan produk kepada KVC.

KVC sedia menawarkan sejumlah produk elektrik kepada pelanggan mereka. Pada hari ini, KVC sedia menjual dan memasang sekitar 150 pengecas elektrik di perumahan, komersil dan juga kawasan industri.

Dengan lebih ramai mendapatkan kenderaan elektrik, akan memerlukan lebih banyak pengecas diperlukan. Buat masa ini, ia tidak dinyatakan secara spesifik apakah model pengecas kenderaan khusus yang akan ditawarkan oleh KVC dari Huawei ini.

KVC juga turut menyatakan mereka terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak lain – sekaligus menawarkan lebih banyak pilihan dan juga pengalaman baik kepada pengguna.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo