NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Redmi Buds 4 dan 4 Pro rasmi dengan ANC serta Bateri 36 jam


Ciri pembatalan hingar aktif (ANC) hanya dua tahun lalu hanya boleh ditemukan pada TWS kelas mercu yang dijual pada harga yang agak mahal. Redmi Buds 4 dan 4 Pro yang baru sahaja diumumkan sebentar tadi membuktikan ini tidak semestinya berlaku kerana mampu milik tetapi hadir dengan ANC.

Redmi Buds 4 ialah TWS bluetooth dengan pemandu audio sebesar 10mm. Sistem ANC boleh membatalkan hingar sehingga 35 dB. Dengan sekali caj putik audio boleh beroperasi sehingga 6 jam atau sehingga 30 jam menggunakan pod pengecas.

Tambatan kepada peranti adalah menggunakan bluetooth 5.2. Sokongan codec adalah SBC dan AAC. Putik audio mempunyai pad sesentuh dan turut melepasi piawaian IP54.

Sementara itu Redmi Buds 4 Pro pula ialah TWS bluetooth dengan pemandu berkembar audio sebesar 10mm dan 6mm. Sistem ANC boleh membatalkan hingar sehingga 43 dB. Dengan sekali caj putik audio boleh beroperasi sehingga 9 jam atau sehingga 36 jam menggunakan pod pengecas.

Tambatan kepada peranti adalah menggunakan bluetooth 5.3. Sokongan codec adalah SBC dan AAC. Putik audio mempunyai pad sesentuh dan turut melepasi piawaian IP54. Kerana ia model lebih premiun, Buds 4 Pro ini boleh menyokong audio 360 darjah.

Di China Redmi Buds 4 dijual pada harga RMB199 (~RM131) manakala Redmi Buds 4 pro pula pada hargaRMB369 (~RM243) sepasang.


Sumber | Amanz




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo