NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Manifesto: P. Pinang capai 90 peratus - Chow Kon Yeow

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mencapai 90 peratus pelaksanaan daripada 68 manifesto yang dijanjikan sejak empat tahun lepas, dengan baki akan dapat dicapai dalam tempoh setahun lagi.
Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata secara keseluruhan, sepanjang tempoh itu sebanyak 54 janji telah ditepati dan 12 dalam pelaksanaan, manakala dua lagi tidak akan dilaksanakan kerana terdapat pertindihan dengan program Kerajaan Pusat.
"Wawasan pembangunan negeri iaitu VisiPenang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, terdiri daripada empat tema utama iaitu meningkatkan taraf hidup serta kualiti penduduk dan mengembangkan saiz ekonomi demi meningkatkan pendapatan isi rumah," katanya.


 Beliau berkata demikian semasa membentangkan pencapaian Manifesto 2018 kerajaan negeri Pulau Pinang di Auditorium A, Komtar di sini hari ini.
Chow berkata antaranya jawatan Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal melalui pindaan terhadap Perkara 7, Klausa 2 (a) - Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 16 Nov 2018 dan diwartakan pada 31 Jan 2019.
Terdapat 11 tema utama di bawah Manifesto 'Saya Sayang Pulau Pinang' yang dibentangkan pada tahun 2018 antaranya seperti pentadbiran cekap, akauntabiliti, telus (CAT), perumahan untuk semua, negeri keusahawanan, meningkatkan kemudahan asas, negeri hijau, pembangunan pendidikan dan kemahiran.
-- BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo