NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatankuasa Kerjasama Solidariti GRS-BN ditubuhkan

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU).

KOTA KINABALU: Satu jawatankuasa kerjasama solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - Barisan Nasional (BN) ditubuhkan bagi menyatukan parti-parti dalam gabungan itu dan BN.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU).
"Tujuan kita adalah untuk menyatukan parti-parti bukan sahaja dalam GRS, tetapi juga BN.


"Inilah tujuan dia supaya kita hadapi PRU Parlimen bersama-sama. Kalau boleh tidak mahu ada pertembungan di antara GRS dan BN," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS, di Menara Kinabalu, pada Isnin.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Besatu (USNO) menjadi ahli terbaharu yang menyertai GRS.
Mengenai permohonan parti lain, Hajiji menghargai keinginan mereka tetapi ia perlu mendapat keputusan sebulat suara komponen GRS.
"Kita juga menerima permohonan daripada parti-parti lain seperti KDM, LDP dan PCS dan kita amat menghargai permohonan mereka.
"Namun kita secara konsensus berpendapat kita memerlukan sedikit masa untuk berinteraksi dan mempertingkatkan lagi persefahaman. Kita perlu lebih mengenali antara satu sama lain dahulu," katanya.
Hajiji turut memaklumkan bahawa GRS akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei depan.
Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo