NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Anti Lompat Parti tidak wajar dilaksanakan - Mohammadin


LAHAD DATU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi menyatakan pendiriannya bahawa Rang Undang-Undang (RUU) lompat parti tidak wajar dilaksanakan dan dibahaskan.

Katanya, setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk bersuara dan memilih seperti diamalkan oleh mana-mana negara maju yang lain.

Mohammadin menyatakan beliau tidak bersetuju dengan RUU Anti Lompat Parti bukan kerana beliau juga telah ‘melompat’ tetapi ia adalah hak wakil rakyat.

“Wakil rakyat berhijrah ke parti lain untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat, bukan kepentingan peribadi.

“Kalau di negara lain bercakap tentang hak kebebasan dan sebagainya, kita di Malaysia pun mahu bercakap perkara yang sama,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan pesta Kaamatan bagi kawasan Segama Lahad Datu pada petang Ahad.

Untuk rekod, Mohammadin adalah antara salah seorang wakil rakyat dari parti WARISAN yang telah menukar haluan ke parti lain pada November 2021 dan ketika ini beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).  

Sementara itu, beliau turut bersetuju sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada bila-bila masa dan terpulang kepada Perdana Menteri.

Beliau turut mempertimbangkan untuk bertanding dalam PRU akan datang jika permintaan masih tinggi dan kondisi kesihatan yang mengizinkan.

Sumber | Utusan Borneo




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo