NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS. - Gambar fail/Bernama


KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dengan rasminya menjadi ahli terbaru dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.

"Untuk makluman semua, parti USNO telah memohon untuk menyertai GRS pada Januari 2021.

"Sudah satu tahun setengah berlalu dan pada hari ini, kita telah putuskan untuk menerima parti USNO untuk menyertai GRS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS, di Menara Kinabalu, pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau turut berkata, pihaknya ada menerima permohonan daripada parti-parti lain yang ingin menyertai GRS.
Bagaimanapun, jelasnya, mereka memerlukan masa untuk meneliti permohonan-permohonan itu sebelum dapat mencapai kata putus bersama.
"Kita juga menerima permohonan daripada parti-parti lain seperti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan juga Parti Cinta Sabah (PCS).
"Kita amat menghargai permohonan mereka untuk menyertai GRS, namun kita secara konsensus berpendapat bahawa kita memerlukan sedikit masa untuk berinteraksi dan mempertingkatkan lagi persefahaman," katanya.
Untuk rekod, GRS kini dianggotai lima parti, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo