NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar, 4 wakil rakyat dibenar merayu cabar tindakan Muhyiddin


PUTRAJAYA: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen ketika tempoh darurat.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini membenarkan permohonan Anwar; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Anwar dan empat wakil rakyat itu gagal dalam rayuan mereka pada 24 November tahun lalu, selepas diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.

Seorang litigan perlu memperoleh kebenaran terlebih dulu sebelum meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Nallini dan hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat memihak kepada pemohon, manakala Datuk Zabariah Mohd Yusof mempunyai pandangan berbeza.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo