NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wakaf Air agih lebih RM900,000 sehingga 15 Mei


KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejumlah RM930,978.98 telah dibelanjakan Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) untuk membiayai 23 projek seluruh negara sehingga 15 Mei lalu.

Menurutnya, KASA menyasar untuk membelanjakan RM2 juta pada tahun ini demi kesejahteraan hidup rakyat dan kelestarian dana Wakaf Air.

“Terima kasih tidak terhingga kepada para pewakaf. Insya-Allah, pahala mengalir seperti air. Teruskan berwakaf,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, laman Wakaf Air memaklumkan jumlah kutipan sehingga 15 Mei lalu adalah sebanyak RM3,955, 222.27.

Wakaf Air merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), kerjasama antara YWM dan KASA.

Pelaksanaan kerjasama itu telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 20 Oktober 2020.

Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil bernilai di bawah RM50,000.00, antaranya sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian alat-alat ganti, penyelenggaraan bersifat ‘sekali beri’ (one-off), dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar; dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Air, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-57600-01304.

Kelulusan potongan cukai kepada pewakaf yang berwakaf kepada YWM di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah tamat pada 31 Disember 2021 dan dalam tindakan penyambungan.

Justeru, semua pewakafan bermula 1 Januari 2022 adalah tidak layak mendapat potongan cukai sehingga dimaklumkan oleh YWM dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 23/5/2022






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo