NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia tunggu rayuan tambah kuota haji

Gambar Hiasan

BANGI: Malaysia masih menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan negara ini untuk diberi kuota tambahan 5,000 jemaah bagi menunaikan haji musim 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

"Setakat ini belum ada jawapan lagi. Kita berdoalah moga Allah permudahkan," katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Korporat Malaysia dan Wakil Tetap Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini, hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Idris dilapor berkata, pihaknya mengemukakan rayuan itu ketika menghadiri Persidangan Majlis Komuniti Islam Sedunia di Abu Dhabi.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 dengan 85 peratus diperuntukkan kepada jemaah luar negara dan Malaysia pada musim ini diberi kuota 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Makkah dijadualkan pada 31 Mei ini.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo