NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

USIM mudahkan OKU pendengaran untuk baca Quran melalui aplikasi Quran Isyarat


Universiti Sains Islam Malaysia hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records denga aplikasi Quran Isyarat pertama di Malaysia.

Melalui aplikasi ini, ia memudahkan komuniti OKU pendengaran untuk membaca dan mengikuti terjemahan al-Quran dengan mudah.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma di Android dan iOS, membolehkan pengguna seluruh dunia untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Aplikasi ini telah dibangunkan bermula sebagai hasil projek tahun akhir pelajar sesi 2015/2016. Sejak daripada itu, ia telah ditambah-baik, termasuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Quran Isyarat ini di Android dan iOS hari ini.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo