NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk sasar harga tiket ke planet marikh sekitar RM425,000


Eksplorasi angkasa sedia diperkatakan ramai akhir-akhir ini, dan tidak ketinggalaan Elon Musk melalui SpaceX yang berhasrat membawa manusia ke planet Marikh dalam beberapa tahun lagi.

Terbaru, bercakap lanjut mengenainya, Elon Musk melalui temuramah khas mengatakan harga tiket hipotetikal ke planet Marikh mungkin sekitar $100,000 (~RM425,000), yang mana “mampu” buat ramai orang.

Ia dikatakan nilai tiket berkenaan mampu dicapai dengan menyimpan – atau mungkin juga melalui beberapa sumber lain seperti menjual rumah dan sebagainya.

Apa pun, tiket ke planet Marikh juga akan bergantung kepada ekonomi – dan perlu mampu oleh ramai orang untuk menarik lebih ramai ke planet berkenaan dalam usaha membina bandar di planet tersebut.

Sebelum ini, ia disasarkan manusia mungkin menjejak kaki di planet berkenaan seawal 2029 kelak.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo