NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TikTok : Kami Adalah Platform Hiburan, Bukan Platform Sosial


TikTok hari ini telah menjadi salah satu platform yang popular – menjana lebih 1 trilion tontonan video setiap bulan, di Asia Tenggara sahaja.

Berkongsi lanjut berkenaan dengannya, kini TikTok mengatakan mereka adalah platform hiburan dan bukannya sebuah platform sosial.

TikTok turut mengatakan orang ramai menggunakan TikTok dalam mendapatkan hiburan, dan bukannya untuk berhubung dengan rakan-rakan. Malah, mengikut statistik, sekitar 35% kurang menonton TV atau video, sejak menggunakan TikTok sebagai alternatif untuknya.

Pada masa yang sama, algoritma TikTok turut dioptimasikan untuk memperlihatkan kandungan yang disukai oleh seseorang pengguna – dan bukannya menggunakan “graf sosial” untuk memperlihatkan kandungan sama seperti rakan-rakan seseorang.

Dengan langkah ini, TikTok kini dilihat memposisikan diri mereka sebagai platform hiburan yang membawa keceriaan kepada semua, dan bukannya sebuah platform sosial yang sering terkait dengan pelbagai masalah.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo