NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Twitter dilaporkan akan dijual kepada Elon Musk hari Ini



Adakah era baharu Twitter akan bermula hari ini. Menurut laporan Bloomberg, Twitter kini dalam perbincangan akhir untuk dibeli oleh konsortium yang diketuai oleh bilionwan terkemuka Elon Musk. Sekiranya perbincangan berjalan lancaran, pengumuman jualan akan dilakukan hari ini.

Elon Musk mengemukakan minat untuk membeli Twitter hanya beberapa minggu yang lalu selepas secara mengejut menjadi pemegang saham terbesar syarikat. Sebelum hasrat pembelian diumumkan, beliau telah menolak tawaran Twitter untuk menjadi ahli lembaga syarikat.

Bilionwan pemegang syarikat Tesla dan SpaceX ini berkata beliau mempunyai beberapa ide untuk meningkatkan nilai saham syarikat. Antara idea yang diketengahkan ialah memastikan semua pelanggan Twitter Blue diberikan calit pengesahan identiti dan memberikan kebebasan suara lebih besar.

Sumber | Bloomberg, Amanz


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo