NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tol percuma dan diskaun bermula Sabtu



Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dan kadar diskaun di 30 lebuh raya di seluruh negara bagi mereka yang akan pulang berhari raya, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, ini selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan Aidilfitri yang pada 3 Mei depan.

Katanya, persetujuan yang dicapai selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

“Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.

“Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail sabri berkata, pemberian tol percuma itu membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

"Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April ini sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei depan, kepada semua kelas kenderaan," katanya.

Perdana menteri berkata, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.

Ini bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Sementara itu, katanya, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

Ismail Sabri dalam pada itu berharap pemberian tol percuma dan diskaun tol tersebut akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Pada masa sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba.

“Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya,” katanya.

Tol Percuma

1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah

(ELITE)

3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)

Diskaun 50%

10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

11. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)

12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

15. Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH)

16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

17. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)

Diskaun 30%

18. Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong

(SMART)

19. Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

20. Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR)

21. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

22. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam ( LKSA )

23. Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)

24. Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah

(JPP2)

25. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

26. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat

(SPRINT)

27. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)

28. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND

SEPADU)

29. Lebuhraya Senai - Desaru (SDE)

30. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo