NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dulu Harimau Asia, kini 'negara pencuri' kerana pemimpin korup - Dr Mahathir


KUALA LUMPUR:
Dulu, Malaysia pernah disanjung dunia sebagai Harimau Asia namun kini Malaysia dikenali sebagai sebuah negara kleptokrasi, negara pencuri yang dipimpin oleh pencuri.
Kenyataan tegas itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa status negara merudum begitu sekali kerana pernah dipimpin oleh seorang pemimpin korup.

Jelasnya, apabila seorang berkata “cash is king”, ia sebenarnya bermaksud “corruption is king” dan dakwa Dr Mahathir, itulah yang pernah dikatakan Datuk Seri Najib Razak ketika beliau mentadbir negara.

“Memang mengejutkan tetapi beliau (Najib) bersungguh-sungguh. Tindakannya sebelum dan selepas kata-katanya itu membuktikan tanpa keraguan bahawa dia mempercayai rasuah sebagai cara untuk mencapai apa sahaja yang diingininya.

“Dan antaranya ialah cita-citanya untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia seumur hidup. Dia nampaknya percaya, untuk menjadi efektif, rasuah mestilah dalam skala besar. Ia perlu ditawarkan sedemikian rupa sehingga penerima sukar untuk menolak.

“Bayangkan seorang lelaki yang tidak pernah melihat RM1,000 diberikan RM1 juta untuk melakukan sesuatu yang salah atau tidak bermoral. (Hanya) segelintir yang dapat menentang,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Dakwa Dr Mahathir lagi, tiada seorangpun pemimpin atau ahli UMNO mengkritik Ahli Parlimen Pekan itu apabila semua orang sedar bahawa beliau telah mencuri wang kerajaan dalam jumlah yang besar.
Bahkan, mereka tidak meminta Najib untuk menjelaskannya sebaliknya terus menyokong beliau.

“Najib percaya bahawa untuk berkesan, rasuah itu mestilah sangat besar. Dia perlu mempunyai berbilion ringgit untuk perkara yang dia fikirkan. Dia tidak hanya memikirkan wang yang akan diberikan sebagai rasuah. Dia mahukan banyak wang untuk dirinya dan isterinya.

“Oleh itu, beliau membayangkan projek sangat besar yang menelan belanja berbilion ringgit. Antara projek itu ialah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura.

“Dia juga memutuskan untuk membeli loji kuasa. Untuk projek-projek ini, wang yang dipinjamnya mencecah berbilion ringgit. Dengan menetapkan harga yang terlalu tinggi, sebahagian daripada wang itu boleh disimpan dan hilang,” ujarnya.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo