NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TikTok kini menguji butang ‘Dislike’


Butang tidak suka atau dislike adalah butang yang direka dengan rekaan ibu jari tunjuk ke bawah. Di YouTube angka tidak suka apabila butang ini ditekan telah disembunyikan kepada umum untuk menjaga keamanan di ruangan komen.

Butang dislike ini adalah untuk memberi maklum balas jika dilihat dari sudut positif dan boleh juga jadi sebagai lambang benci jika dipandang dari perspektif negatif.

TikTok kini sedang menguji butang yang sama untuk ruangan komen di aplikasi mereka. Walau bagaimanapun, hanya pengguna yang menekan butang tidak suka ini sahaja akan lihat apa yang mereka lakukan. Pencipta kandungan dan pengguna lain tidak akan nampak. Menurut TikTok ini adalah untuk memberi semangat positif kepada pencipta kandungan, mempunyai ruangan komen dengan aura positif, tidak ada pengguna toksik dan untuk kesedaran kepada mereka yang menekan butang itu tadi.

Sementara dengan itu, TikTok turut akan memberi peringatan kepada pencipta kandungan untuk menggunakan alatan tersedia untuk menguruskan komen-komen seperti menapis, halang atau padam komen.

Boleh dikatakan, ciri ini adalah untuk pembenci syok sendiri. Ia juga masih di peringkat ujian dan tidak pasti jika akan diedarkan secara meluas akan datang.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo