NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk tawar untuk membeli keseluruhan Twitter pada nilai RM181 bilion


Elon Musk sebelum ini telah membeli pegangan sebanyak 9.2% pada Twitter, dan sejak daripada itu, pelbagai perkara hangat diperkatakan. Kini, selang beberapa hari, Elon Musk telah membuat tawaran untuk membeli keseluruhan Twitter dengan nilai $54.20 setiap saham. Ini sekaligus membawa kepada nilai keseluruhan Twitter sekitar $43 bilion (~RM181 bilion).

Elon Musk turut mengatakan, sekiranya tawaran ini tidak diterima, beliau akan melihat kembali kepada posisi beliau sebagai pemegang saham pada syarikat tersebut.

Elon Musk mengatakan beliau melihat potensi yang besar pada Twitter, dan mengatakan akan memperluaskannya dengan membeli ia. Ini termasuk dari segi kebebasan suara, dan beberapa perkara lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ahli lembaga lain akan menerima tawaran daripada Elon Musk ini atau sebaliknya.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo