NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Selangor beli lukisan 'parlimen beruk'

Sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan Dewan Rakyat yang diisi pelbagai jenis beruk dan turut terselit katak, menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - Foto Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR: Sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan Dewan Rakyat yang diisi pelbagai jenis beruk dan turut terselit katak, menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hanya Speaker dan pegawai Parlimen digambarkan sebagai manusia dalam lukisan itu.


Menerusi satu hantaran di Facebook, Selangor Royal Office, Sultan Selangor menzahirkan rasa berkenan baginda untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di bilik kerja peribadi baginda. 

"Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan itu dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan," menurut kenyataan di laman sosial berkenaan.

Suatu hari nanti Sultan Selangor berhasrat melelong lukisan ini yang menggambarkan Parlimen beruk dan katak dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan. - Foto Selangor Royal Office


Lukisan itu menunjukkan situasi sama seperti di Dewan Rakyat yang mana terdapat seorang lelaki berpakaian seperti Speaker duduk di tempatnya dengan dua lagi individu berada duduk di hadapannya.

Sementara itu, di kiri dan kanan tempat duduk pula kelihatan sekumpulan beruk serta katak dengan pelbagai aksi. 

Ia seperti simbolik dengan maksud tingkah laku wakil rakyat yang tidak sepertinya dan ada juga antara mereka yang melompat parti. 


Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan dalam kenyataan Selangor Royal Office. 

Lukisan yang dibeli sultan Selangor itu mirip karya artis jalanan Inggeris, Banksy bertajuk Devolved Parliament yang dilelong dengan harga AS$12.2 juta (RM51.64 juta) pada 2019. 

Devolved Parliament dilukis untuk menyindir ahli parlimen British.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo