NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hans, Altimet, Afdlin Shauki bertanding Ketua Cabang PKR

Afdlin Shauki, Altimet dan Hans Issac bertanding merebut jawatan Ketua Cabang PKR pada pemilihan parti itu tahun ini.


KUALA LUMPUR: Tiga selebriti tanah air bakal menghangatkan pemilihan PKR pada tahun ini, selepas menghantar pencalonan bagi merebut jawatan Ketua Cabang parti itu.

Sumber parti memaklumkan, pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac dan penyanyi Altimet, dijangka akan bersaing bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Ampang.

"Kedua-dua selebriti berkenaan dijangka bertanding dalam saingan sembilan penjuru," katanya kepada BH, hari ini.

Sementara itu, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki turut bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Setiawangsa.


Hans mengumumkan menyertai PKR pada 2020 manakala Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dan Afdlin menyertai parti berkenaan tahun lalu.

Sebelum ini, timbul desas desus beliau akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), selepas penyandang kerusi itu yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dipecat daripada parti.

Pencalonan bagi jawatan Cabang PKR berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu sehingga jam 11.59 malam ini.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo