NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maszlee bertanding Ketua Cabang PKR Simpang Renggam

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Simpang Renggam pada Pemilihan PKR 2022.

Bekas Menteri Pendidikan itu mengesahkan perkara berkenaan dalam kiriman WhatsApp kepada Bernama malam ini.

"Ya saya akan bertanding Ketua Cabang Simpang Renggam," katanya.

Maszlee menyertai semula PKR pada November tahun lalu.

Beliau pernah mendaftarkan diri sebagai ahli PKR pada 2017 di cabang Ampang.

Maszlee kemudian menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun dipecat daripada parti itu pada Mei 2020 seterusnya memutuskan untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Terdahulu, media melaporkan tiga selebriti tanah air turut mencuba nasib pada pemilihan kali ini antaranya pelakon dan produser, Datuk Adflin Shauki yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Cabang Setiawangsa.

Proses Pemilihan PKR 2022 bermula Ahad lalu sehingga jam 11.59 malam ini bagi proses pencalonan peringkat cabang, manakala pencalonan bagi jawatan tertinggi pusat dan sayap dilaksanakan semalam. - BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo