NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jeti kayu RM50,000 tiada unsur rasuah - SPRM

Jeti Kampung Mutap yang disiapkan dengan kos RM50,000 dan disifatkan oleh netizen sebagai tidak wajar.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada sebarang unsur rasuah dalam pembinaan jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap, Miri Sarawak, seperti yang tular sejak beberapa hari lalu.

Sejurus mendapat perhatian oleh orang ramai di media sosial, ibu Pejabat SPRM Putrajaya difahamkan mengarahkan SPRM Sarawak menjalankan siasatan segera berhubung projek itu.

Menurut sumber, berdasarkan hasil semakan mendapati projek pembinaan itu tidak menunjukkan ada rasuah atau penyelewengan.

"Ibu pejabat mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.

"Kayu yang diguna memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar," kata sumber, di sini hari ini.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi BH mengesahkan perkara itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

JKR Sarawak baru-baru ini mengundang kritikan setelah memuat naik beberapa gambar di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap, yang menurutnya menelan kos RM50,000.

Ramai yang menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti tersebut, dan ada yang mempersoal peruntukan RM50,000 yang dikeluarkan kerajaan untuk apa yang dilihat sebagai struktur kayu yang cukup ringkas.

Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri dalam kenyataan berkata, selain menggunakan kayu belian, pelbagai faktor juga diambil kira dalam menentukan kos pembinaan jeti Kampung Mutap, Bekenu yang menelan kos RM50,000, antaranya termasuk kos logistik selain faktor keselamatan dan keadaan jalan untuk ke kawasan berkenaan.

Katanya, kayu belian yang digunakan pula bernilai RM9,000 semeter, lebih rendah daripada kadar harga pasaran.

"JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga," kata agensi itu.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo