NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Honda bakal keluarkan 30 model kenderaan eletrik menjelang 2030


Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan bahawa Honda dan General Motors akan bekerjasama untuk membangunkan kenderaan elektrik dengan tanda harga mampu milik yang boleh dimiliki pada harga kurang daripada $30,000.

Terkini, Honda telah memperlihatkan sejumlah besar pelan mereka mengenai peralihan ke pembangunan kenderaan elektrik menjelang tahun 2030 dan 2040. Honda dan GM dijangka memperlihatkan kenderaan elektrik pertama mereka pada tahun 2024 kelak, dan selepas itu, menjelang tahun 2030, Honda dijangka akan hadir dengan 30 model kereta elektrik baru.

Apabila Honda mula mengeluarkan kereta-kereta elektrik ini, mereka menjangkakan akan mengeluarkan 2 juta kereta elektrik setiap tahun, dan mahukan bahawa 40 peratus daripada jumlah pengeluaran kereta mereka sebagai kereta elektrik.

Untuk ini, Honda dilaporkanakan membelanjakan $40 bilion untuk tujuan menukarkan kesemua pengeluaran kereta mereka ke kereta elektrik dalam masa 20 tahun. Ia adalah sebahagian daripada langkah drastik yang akan diambil oleh Honda untuk memastikan bahawa 100 peratus daripada kereta yang dikeluarkan mereka adalah kereta elektrik menjelang 2040. 


Honda dilihat akan mengeluarkan sebuah kenderaan elektrik mini yang dijangka akan dijual pada harga $8000, dan kemudiannya membangunkan kenderaan Prologue dan Acura yang akan dibangunkan bersama-sama General Motors dan sejumlah lagi kenderaan elektrik mampu milik yang akan memanfaatkan teknologi bateri Ultium keluaran syarikat yang sama.

Untuk membolehkan Honda melancarkan kebanyakan model kenderaan elektrik ini, mereka juga dilaporkan akan membangunkan kilang-kilang baru di kawasan Guangzhou dan juga Wuhan kelak.

Sumber | Engadget, Amanz



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo