NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM berbuka bersama rakyat Bera

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba pada Program Jelajah Semarak Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Bera, hari ini. - Foto SINAR HARIAN

BERA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun di sini.

Ahli Parlimen Bera itu yang tiba pada jam 6.30 petang, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 631 penerima bagi meringankan beban kewangan membuat persiapan hari raya.

Penerima sumbangan merangkumi penduduk di 10 kawasan sekitar Bera termasuk Felda Purun, Felda Kepayang, Felda Kumai, Felda Rentam, Felda Sebertak, Felda Tementi, Lubuk Tambangan dan Bandar 32.

Ismail Sabri turut menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid itu.

Terdahulu, beliau meluangkan masa seharian di kawasan Parlimen Bera bagi menyampaikan sumbangan Yayasan Petronas kepada mereka yang memerlukan menerusi Program Jelajah Semarak Ramadan.

Secara keseluruhan, seramai 2,013 orang menerima sumbangan itu hari ini manakala bakinya lebih 2,000 orang akan menerima sumbangan esok. – BERNAMA

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo