NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang ramai sambut baik kelonggaran SOP kekang COVID-19


KOTA BHARU: Pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai beberapa kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa 1 Mei depan, memberi kelegaan kepada masyarakat.

Guru, Rosmaniza Abdul Rahman, 51, dari Pengkalan Chepa menyambut baik kelonggaran pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka yang tidak lagi akan diwajibkan, tetapi atas pilihan individu.

"Kelonggaran itu wajar dan rasional memandangkan negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik. Ini dapat menjimatkan kewangan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah atau B40 apabila dapat mengurangkan penggunaan pelitup muka," katanya.

Suri rumah, Ainy Md Yunos, 70, berkata beliau boleh menarik nafas lega apabila imbasan kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat awam.

"Keperluan untuk mengimbas sebenarnya agak merumitkan khususnya bagi golongan warga emas seperti saya yang ada ketika mempunyai kekangan untuk melakukan imbasan," katanya.

Bagi pelajar, Siti Hajar Nazir, 23, inisiatif pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka bergantung kepada diri individu.

"Kalau dia rasa kesihatan tidak begitu baik, dia boleh ambil inisiatif untuk terus memakai pelitup muka. Buat sementara waktu, saya akan terus pakai pelitup muka bergantung kepada tempat saya berada," katanya.

Seorang lagi pelajar, Nur Hazimah Hamedan, 23, pula tidak bersetuju dengan kelonggaran imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk ke premis yang tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 1 Mei.

Menurutnya keputusan itu akan menyukarkan pengesanan kontak sekiranya berlaku sebarang jangkitan COVID-19. - BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo