NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Felda beri duit raya RM200 kepada peneroka getah, pekerja ladang

Bantuan itu diberikan kepada peneroka getah yang menghantar hasil kepada Felda dan memperoleh pendapatan kurang daripada RM2,000 bagi Mac tahun ini.- Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan memberi bantuan bersasar dalam bentuk sumbangan duit raya sebanyak RM200 kepada para peneroka getah dan pekerja ladang.
Menurut Jabatan Komunikasi Strategik Felda, bantuan itu diberikan kepada peneroka getah yang menghantar hasil kepada Felda dan memperoleh pendapatan kurang daripada RM2,000 bagi Mac tahun ini.
Sementara itu, sumbangan duit raya dan barangan asas berjumlah sehingga RM200 akan diberikan kepada pekerja ladang Felda di seluruh negara.
Bayaran duit raya itu akan dibuat mulai esok (28 April) dan ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.6 juta
"Selain itu, Felda memberikan penangguhan potongan bayaran kembali peneroka getah bagi pendapatan bulan Mac dan kelayakan penerima adalah yang memperoleh pendapatan hasil kurang RM2,000 pada bulan itu," demikian menurut kenyataan Felda di sini hari ini.
Bantuan tersebut adalah manifestasi keperihatinan Felda terhadap peneroka getah yang menerima pendapatan kurang RM2,000 dan diharap dapar mendapat ringankan beban mereka seterusnya menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo