NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan batal syarat vaksin bagi pemberian bantuan khas kewangan

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membatalkan syarat vaksin COVID-19 bagi pemberian bantuan khas kewangan pada tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, memaklumkan arahan itu dipanjangkan kepada seluruh Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun, beliau berkata, ia tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing.

"Sukacita dimaklumkan, rentetan daripada pengumuman Perdana Menteri pada 5 April 2022 berhubung Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2022, kerajaan atas dasar keprihatinan dan keseragaman polisi bersetuju supaya Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 sebanyak RM700 turut dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang tidak mengambil vaksin.

"Dengan berkuat kuasanya surat edaran ini, Perkara 3.6 dalam surat Bil JOA 800-3/2/1(32) bertarikh 20 Disember adalah terbatal," katanya dalam satu surat bertarikh hari ini.

Pada 21 Disember tahun lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ketika itu, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, dilaporkan berkata pembayaran BKK 2022 akan ditangguhkan bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksinasi COVID-19.

Arahan penangguhan bayaran bantuan sebanyak RM700 itu terkandung dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh semalam.

Mohd Khairul berkata, hanya pegawai yang tidak mendapatkan suntikan vaksin itu atas sebab kesihatan dan memperoleh pengesahan pengamal perubatan berdaftar dikecualikan daripada arahan terbabit.

Sumber | BH Online
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo