NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mike Tyson 'belasah' penumpang celupar

Tyson melepaskan tumbukan kepada lelaki terbabit yang dilihat mengalami lebam dan berdarah dalam kejadian berlaku semalam.

WASHINGTON: Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson dilaporkan menumbuk berkali-kali seorang penumpang yang menaiki penerbangan dekat San Francisco selepas berang apabila lelaki terbabit cuba bercakap dengannya.

Video menerusi telefon bimbit menunjukkan Tyson yang bersandar di kerusinya melepaskan tumbukan kepada lelaki terbabit yang dilihat mengalami lebam dan berdarah dalam kejadian berlaku semalam.

"Iron Mike" sebelum itu kelihatan mesra dengan penumpang dan rakannya ketika menaiki pesawat tetapi bertindak apabila lelaki itu "tidak berhenti melakukan provokasi" terhadapnya, kata laman sesawang hiburan, TMZ.

Lelaki itu berkali-kali "cuba bercakap" dengan petinju berusia 55 tahun itu kata laporan berkenaan.

"Tyson tidak sabar lagi mendengar lelaki di belakangnya terus bercakap... dan memintanya bertenang. Apabila lelaki itu enggan, ketika itulah saksi melihat Tyson mula melepaskan beberapa tumbukan ke muka lelaki itu."

Tyson dilaporkan dibawa keluar daripada pesawat sebelum ia berlepas ke Florida. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo