NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia rayu tambah kuota haji

Malaysia akan merayu menambah jumlah jemaah haji

CYBERJAYA: Malaysia berharap kuota jemaah haji ditambah, sekiranya ada negara yang menolak, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad, berkata Kerajaan Malaysia akan merayu melalui Kedutaan Arab Saudi, dalam masa terdekat.

"Kita akan cuba merayu dan memohon ihsan daripada Kerajaan Arab Saudi, namun tidak dapat memberi jaminan sama ada permohonan ini diluluskan atau tidak," katanya kepada media Pada Majlis Perasmian Program Semarak Kasih Ramadan 1443 Bersama Komuniti DiSayangi di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Pada program itu Idris turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 100 penerima terdiri daripada komuniti hijrah, Orang Dengan HIV/Aids, Orang Kena Pengawasan (OKP) Dadah dan penghuni rumah perlindungan.

Program anjuran JAKIM itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia dan Masjid Raja Haji Fi Sabillilah.

Dalam pengumuman secara langsung menerusi Facebook hari ini Idris berkata, kuota haji Malaysia 2022 ialah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

14,306 kuota haji untuk jemaah Malaysia


Kuota sebanyak 14,306 jemaah itu ialah penurunan daripada seramai 31,600 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, pada 2019.

Idris berkata, penambahan kuota haji itu tertakluk kepada kekosongan yang tidak dapat diisi oleh negara lain.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo