NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mantapkan kemudahan internet di TABIKA KEMAS

Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua dari kiri) diperhatikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) menyampaikan sumbangan kepada kakitangan KEMAS pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pembangunan Luar Bandar Bersama Kakitangan KEMAS Negeri Pulau Pinang di Midtown Perda, Kubang Menerong - Foto NSTP/Danial Saad

TASEK GELUGOR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berusaha untuk meningkatkan capaian liputan internet membabitkan kira-kira 700 Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan luar bandar, seluruh negara sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, ia memerlukan kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) untuk membantu KPLB.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata KEMAS mempunyai satu program pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa pihak luar antaranya Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, melalui program itu diterapkan berhubung pelan digital KEMAS yang ia disokong kedua-dua institusi berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra bersama kakitangan KEMAS Pulau Pinang di Midtown Perda, Kubang Menerong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, dengan capaian liputan internet yang tinggi serta sumbangan yang diberikan ia mampu meningkatkan lagi kualiti pendidikan awal kanak-kanak.

"Selain itu, proses kanak-kanak memahami dunia digital ini lebih mudah sebab ia sudah bermula daripada awal lagi.

"Walaupun ibu bapa sudah ajar anak-anak melalui telefon pintar tetapi kalau di sekolah (TABIKA) ada capaian internet ia akan memudahkan lagi pembelajaran berhubung digitalisasi ," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo