NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cadangan naikkan elaun pembantu TABIKA KEMAS bakal dibawa ke Kabinet

Mahdzir beramah mesra dengan kakitangan KEMAS pada majlis di Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD

TASEK GELUGOR: Cadangan untuk menaikkan kadar elaun RM500 yang diterima kira-kira 10,000 pembantu Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ketika ini akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kertas kerja berhubung cadangan itu sedang disiapkan pada peringkat akhir.

Sebaik saja siap, beliau berkata, kertas kerja itu akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam usaha menjaga kebajikan pembantu TABIKA KEMAS.

"Kita berharap kadar elaun RM500 itu akan dinaikkan sedikit ke tahap lebih baik," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan KEMAS Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kakitangan KEMAS pernah terkesan dengan jangkitan COVID-19.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mencadangkan supaya elaun pembantu TABIKA KEMAS dipertimbang untuk dinaikkan ke paras gaji minimum RM1,200.

Ia berikutan kadar elaun diterima kumpulan berkenaan disifatkan sebagai tidak lagi sesuai kerana mereka bertugas hampir sepenuh masa.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo