NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penguatkuasaan jualan petrol subsidi diperketat


KUALA LUMPUR: Akta Kawalan Bekalan 1961 akan ditambah-baik untuk memperketat penguatkuasaan dan menangani ketirisan minyak petrol bersubsidi kepada warga asing.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata cadangan itu antara aspek yang dibincangkan dalam mesyuarat, semalam.

Katanya, antara yang dikaji peraturan mengenai keluasan kawasan yang dibenarkan bagi kenderaan asing mengisi minyak di negeri yang bersempadan dengan negara jiran.

"Kita sedang mengkaji memantapkan Akta Kawalan Bekalan sedia ada dan mengenakan tindakan lebih tegas kepada penjual yang membenarkan warga asing membeli minyak bersubsidi.

"Ada beberapa peraturan akan diketatkan dalam akta berkenaan supaya barang yang dikawal, termasuk minyak bersubsidi ini tidak disalah-guna dan berlaku ketirisan dalam bekalannya," katanya selepas melawat Tapak Bazar Ramadan @ TLK Taman Tasik Permaisuri, di sini hari ini.

Mengenai kenaikan harga ayam, Rosol berkata, siasatan penguat kuasa kementerian itu mendapati ada ladang yang menjual lebih tinggi daripada harga ditetapkan.

Katanya, kerajaan menetapkan harga ayam di ladang RM5.60 tetapi ada pembekal menjualnya RM6.30 setiap kilogram dan ini memaksa pemborong menjual lebih tinggi kepada peruncit.

"Di sesetengah tempat, pemborong menjual RM8.70 kepada peruncit, memaksa peruncit menjual pada harga RM9.30, berbanding harga ditetapkan RM8.90," katanya.

Rosol berkata, penguat kuasa kementerian itu tidak akan membiarkan perkara berkenaan berlarutan berlaku dan sebanyak 88 kes diambil tindakan membabitkan kenaikan harga ayam di bawah Ops Pantau yang dilancarkan KPDNHEP bermula 3 April lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak empat tindakan dikenakan terhadap pengeluar, 13 kes membabitkan peringkat borong dan 71 kes membabitkan peruncit.

Beliau berkata, antara kesalahan dan rantaian peniaga yang dikenakan tindakan ialah menjual melebihi harga maksimum membabitkan empat pengeluar, 13 pemborong dan 25 peruncit.

Sementara itu, 40 peruncit dikenakan tindakan kerana gagal menggunakan tanda harga khas barang kawalan, dan enam peruncit tidak mempamerkan tanda harga dengan jumlah sitaan RM19,528 dan nilai kompaun RM45,500.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo