NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan mengingatkan berkenaan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu di jalanraya


Dengan lebih ramai mula menggunakan kenderaan mikromobiliti di atas jalan dengan kerap, kini Kementerian Pengangkutan ingatkan orang ramai berkaitan dengan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu di atas jalan.

Antara kenderaan mikromobiliti yang dilarang penggunaan di atas jalan adalah termasuk “Moped”, Personal Mobiliti Aids (PMA), dan juga Personal Mobiliti Devices termasuk skuter elektrik, kuasa ejin pembakaran dalaman, ataupun kuasa manusia.

Kementerian turut mengingatkan yang mana basikal elektrik yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514 : Electric Bicycles sahaja yang dibenarkan diguakan atas jalan raya. Basikal elektrik ini juga tidak boleh mempunyai pendikit (throttle), dan mempunyai pedal yang dipasang secara kekal.

Kementerian turut mengatakan pihak berkuasa akan mula kuat-kuasa perintah larangan ini, termasuk bersama JPJ dan PDRM.

Mana-mana orang yang didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang boleh diambil tindakan dibawah peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber | Amanz
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo