NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengecualian kenaikan gaji minimum perlu penjelasan menyeluruh

Presiden Persatuan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Prof. Foo Ngee Kee


KOTA KINABALU: Pengecualian kenaikan gaji minimum RM1,500 terhadap sektor tertentu masih memerlukan penjelasan secara menyeluruh.

Presiden Persatuan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Prof. Foo Ngee Kee berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia yang bersetuju untuk mengecualikan pelaksanaan gaji minimum baharu itu kepada sektor pelancongan, Mikro PKS, sektor tidak formal dan pengusaha yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"Kami juga telah bertemu dengan ahli persatuan yang bukan Mikro PKS, menerima impak besar daripada pandemik tetapi tidak ke arah kerugian besar, sekiranya mereka juga boleh dikecualikan daripada peningkatan gaji minimum yang bakal dilaksanakan pada 1 Mei depan.

"Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga bertanya kepada kami sama ada mereka boleh dikecualikan daripada perkara terbabit memandangkan pendapatan mereka hanya diperolehi menerusi sumbangan atau derma turut terjejas teruk.

"Mereka menjelaskan kini agak susah untuk mendapatkan sumbangan kerana ramai dalam kalangan penderma juga berjimat cermat," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berpandangan NGO seperti Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) serta yang lain wajar dikecualikan daripada pelaksanaan gaji minimum terbabit.

Katanya, sekiranya mereka tidak dikecualikan, NGO terbabit akan mengalami masalah dalam mengekalkan aktiviti amal masing-masing. Terpaksa mengurangkan pekerja kerana mahu mengurangkan kos operasi.

"Sekiranya NGO terbabit terpaksa mengurangkan kakitangan, mereka yang sangat bergantung dengan pekerja untuk terus beroperasi akan sengsara.

"Agensi kerajaan berkaitan pula perlu menyediakan bantuan dalam bentuk penjagaan kesihatan dan kebajikan haiwan kepada NGO terbabit," katanya.

Sumber | Utusan Borneo






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo