NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fahmi ditahan polis lagi


Kuala Lumpur: Polis menahan pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza hari ini berhubung hantaran karikatur monyet berpakaian kuning yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata suspek ditahan di Dang Wangi dan polis akan memohon perintah reman, esok.

Katanya, hantaran itu mendapat 12,000 maklum balas, 3,400 komen dan 966 perkongsian sejak dimuat naik dan mengundang kemarahan pengguna inyernet yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-undang (D5), JSJ, Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) akta hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Siasatan masih diteruskan dan polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

"Polis turut menasihatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh institusi diraja serta sensitiviti agama dan kaum," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo