NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO putuskan Ismail Sabri calon Perdana Menteri PRU15

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

"Mesyuarat MKT pada petang tadi membuat beberapa ketetapan, termasuk mengenai kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH). MoU yang akan berakhir 31 Julai depan itu diputuskan tidak akan diteruskan lagi.

"Selain itu, pembentangan Akta Antilompat Parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk merubah maksudnya kepada bentuk perundangan yang lain.

"UMNO berpendirian bahawa Akta Antilompat Parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seterusnya bagi melaksanakan keputusan sebulat suara usul Perhimpunan Agung UMNO 2021, Ahmad berkata, satu Perhimpunan Agung UMNO Khas akan diadakan pada 14 Mei depan.

Beliau berkata, ia bagi melakukan pindaan terhadap Perlembagaan UMNO mengenai tempoh pemilihan parti.

Pada hari sama, katanya, Sambutan Hari UMNO dan Jamuan Aidilfitri akan turut diadakan.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo