NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China bantah pembangunan, pemilikan, penggunaan senjata biologi


BEIJING: China tegas dengan pendiriannya bahawa semua senjata pemusnah besar-besaran perlu diharamkan dan dimusnahkan sepenuhnya termasuk senjata biologi.

Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing, berkata China yang pernah menjadi mangsa senjata biologi ketika Perang Dunia II, menentang pembangunan, pemilikan dan penggunaan senjata itu dalam apa jua keadaan.

Ketika berucap dalam sidang Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu keselamatan biologi semalam, beliau menyatakan China menggesa negara pemilik senjata biologi untuk memusnahkan senjata itu secepat mungkin.

China juga meminta semua negara yang menandatangani Konvensyen Senjata Biologi mematuhi sasaran dan prinsip konvensyen berkenaan.

"Keadaan terkini dalam bidang biokeselamatan menunjukkan bahawa keutamaan tertumpu kepada usaha untuk menyambung semula rundingan mengenai protokol pemeriksaan kepada Konvensyen serta pembinaan mekanisme pemeriksaan pelbagai hala yang adil, bebas dan profesional.

"Mekanisme itu adalah kaedah penting untuk menghapuskan potensi ancaman senjata biologi serta meningkatkan prestasi dan keberkesanan Konvensyen," katanya.

Pada masa sama, Dai menyatakan bahawa pembinaan mekanisme itu tidak boleh diganggu oleh mana-mana negara.

"Russia baru-baru ini mendedahkan sejumlah besar dokumen mengenai aktiviti biomilitari yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) dan menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

"Wabak COVID-19 mengajar kita bahawa biokeselamatan yang menjadi sebahagian penting dalam memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa, adalah tanpa batasan dan membabitkan kepentingan bersama semua manusia," katanya.

Menurutnya, China mengalu-alukan masyarakat antarabangsa memberikan penilaian mengenai dokumen yang didedahkan Russia dalam kerangka Konvensyen dan PBB serta mendengar penjelasan negara-negara berkenaan secara sama rata dan adil.

Menurut Dai, negara-negara yang terbabit pula perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan ketelusan aktiviti biologi global bagi menghapuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa. - BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo