NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

WHO bersedia hadapi kemungkinan 'serangan kimia' di Ukraine


GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah hari ini berkata pihaknya sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan 'serangan kimia' di Ukraine.

Pengarah Wilayah WHO Eropah, Hans Kluge, berkata memandangkan ketidaktentuan keadaan semasa, tiada jaminan bahawa perang tidak akan menjadi lebih buruk.

"WHO sedang mempertimbangkan semua senario dan membuat pelan kontingensi untuk berdepan kemungkinan berbeza yang boleh melanda rakyat Ukraine.

"Ini termasuk rawatan berterusan yang mungkin membabitkan sejumlah besar mangsa serangan kimia," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada wartawan, dari Lviv, Ukraine, tanpa memberikan butiran lanjut.

Pegawai Barat sudah berulang kali menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan Russia akan menggunakan senjata kimia dan biologi di Ukraine dengan risiko kesan limpahan ke luar negara.

Kementerian Pertahanan Russia menuduh Kyiv tanpa memberikan bukti, merancang serangan kimia terhadap rakyatnya sendiri untuk menuduh Moscow menggunakan senjata kimia dalam pencerobohan Ukraine yang bermula pada 24 Februari lalu.

Dalam ucapan sama yang ditangguhkan akibat siren serbuan udara di Lviv, Kluge berkata WHO sedang menyelaraskan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menguji pesakit yang tiba dari Ukraine dan mengaturkan supaya mereka dihantar menerima rawatan di Eropah.

Beliau berkata, WHO sudah menghantar lebih 185 tan bekalan perubatan termasuk bahan untuk menyokong trauma di seluruh Ukraine dan berkata 125 tan lagi sedang dalam proses penghantaran.

Pangkalan data WHO pula menunjukkan terdapat 91 serangan ke atas infrastruktur penjagaan kesihatan Ukraine, mengakibatkan 73 kematian sejak pencerobohan bermula, tanpa menyatakan siapa yang bertanggungjawab. - REUTERS




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo