NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahmad Zahid nafi lindungi tertuduh kes Bella


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya sebagai ahli politik yang cuba 'melindungi' tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom Down bernama Bella.

Kesal dengan tuduhan itu, beliau menegaskan tidak akan pernah melindungi sesiapa yang didakwa terbabit dalam jenayah.

"Sebagai insan tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan. Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes berkenaan dan pastinya semua mahukan kebenaran.

"Bagaimanapun, saya kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes terbabit.

"Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya," katanya dalam entri di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyifatkan dakwaan beliau cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella sebagai tidak masuk akal.


"Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu bukankah lebih baik saya melindungi kes saya, melindungi kes mahkamah dikenakan terhadap saya oleh kerajaan 22 bulan sejurus memperoleh kuasa.

"Biarlah mahkamah menentukan kebenaran melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama. Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.

"Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan seperti dilakukan kerajaan 22 bulan," katanya.

Ahmad Zahid juga berharap semua pihak jangan terlalu cepat menuduh dan membuat kesimpulan atas apa yang dibaca dan dilihat.

"Saya harap mereka yang gigih berusaha memfitnah saya sekali lagi demi politik itu, berhentilah. Jangan kita terlalu mudah mempercayai sesuatu tuduhan dan dakyah yang dibawa.

"Kaji dan selidiki dahulu setiap berita dan cerita yang disebarkan. Jika malas mahu mencari kebenaran, jangan pula rajin menyebarkan kepalsuan. Bulan Ramadan yang mulia ini tidak sepatutnya dicemari dengan nilai-nilai kebatilan seperti itu," katanya.

Beliau turut meminta supaya politik fitnah kebencian tidak diulangi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo