NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertempuran Al-Aqsa, 10 cedera



BAITULMAQDIS: Pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel mencederakan 10 penunjuk perasaan dalam kejadian awal pagi tadi, yang berlaku di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pegawai perubatannya merawat 10 yang tercedera.

"Lapan orang tercedera ketika pencerobohan polis manakala dua lain akibat peluru bersalut getah," katanya.

Tambahnya, tiga lagi dikejarkan ke hospital.

Pihak polis berkata, pasukannya memasuki perkarangan masjid bagi mengeluarkan penduduk Palestin dan memulihkan semula keadaan.

Tinjauan berhampiran pintu masuk mendapati terdapat ambulans, anggota polis lengkap bersenjata dan pecahan kecil blok konkrit.

Menurut media tempatan, pihak polis turut menahan dua penduduk Palestin.

Insiden pertempuran terbaru ini berlaku ketika umat Islam menyambut Ramadan selain sambutan Easter Kristian dan paskah Yahudi.

Ketegangan berminggu-minggu menyaksikan dua serangan maut berhampiran bandar pesisir pantai Tel Aviv sekitar akhir Mac dan awal bulan ini, selain penahanan besar-besaran oleh tentera Israel di Tebing Barat.

Jumaat lalu, pihak polis bertempur dengan penduduk Palestin di perkarangan Al-Aqsa termasuk di dalam Masjid Al-Aqsa.

Tindakan itu mengundang kecaman dari negara Islam.

Insiden itu mencederakan 150 orang.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) meminta semua pihak bertenang, setahun selepas konflik besar terakhir antara Israel dan pejuang Palestin di Gaza. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo