NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan 1 Mei

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

KUALA LUMPUR: Gaji minimum RM1,500 akan tetap dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei ini.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) tegas dengan perkara itu meskipun ada permintaan termasuk daripada majikan supaya ia ditangguhkan.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, berkata pelaksanaan kadar baharu itu sudah dikaji secara mendalam dan pihaknya tidak akan membuat pusingan U hanya semata-mata kerana didesak pihak majikan tertentu.

Jelasnya, bantahan majikan terhadap kenaikan kadar gaji minimum bukan perkara baharu dan sentiasa disuarakan setiap kali kadar baharu diumumkan.

Beliau berkata peningkatan itu selaras dengan tuntutan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

"Perdana Menteri sudah umum 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja. Ini telah dikaji secara mendalam dan perkara ini selari dengan negara lain.

"Kita akan tetap beri kelonggaran kepada beberapa sektor. Namun, kita lihat bila majikan setuju perkara ini? Majikan memang tak pernah setuju dengan kenaikan gaji.

"Jadi, 'rain or shine' (walau apa pun terjadi), gaji minimum RM1,500 akan tetap bermula pada 1 Mei. Saya tidak boleh 'flip-flop'," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang menyifatkan pelaksanaan gaji minimum pada 1 Mei ini tidak kena pada masanya, serta mendakwa ia masih belum diwartakan setakat ini.

Mengulas lanjut mengenai gesaan pihak industri mengenai kelonggaran pelaksanaan gaji minimum, Saravanan menegaskan kelonggaran itu tidak boleh diberikan kepada terlalu banyak sektor, kerana ia akan menjejaskan matlamat untuk membela rakyat.

"Apabila saya umumkan sedikit kelonggaran untuk beberapa sektor seperti kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan, ramai pula nak ambil kesempatan.

"Ini tidak akan memanfaatkan rakyat. Saya pelik bila orang beri alasan ekonomi tidak bagus (untuk tangguh gaji minimum), tapi permintaan pekerja asing dah lebih 500,000.

"Setakat ini, sebanyak 519,937 permohonan pekerja warga asing sudah diterima, ini belum masuk fasa kedua. Maksudnya ekonomi Malaysia bagus," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo