NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengeluaran khas KWSP mulai esok

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR : Pembayaran bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 diawalkan bermula esok.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemohon yang membuat permohonan pengeluaran pada awal April lalu boleh mula menyemak akaun bank mulai esok.

"Semoga bantuan ini dapat membuatkan sambutan Aidilfitri tuan puan lebih bermakna tahun ini. Insya-Allah," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau malam ini.

KWSP dalam kenyataan semalam memaklumkan, sebanyak 5.3 juta permohonan untuk kemudahan Pengeluaran Khas diterima sejak dibuka pada 1 April hingga Khamis lalu, membabitkan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

Jumlah permohonan itu merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak membuat pengeluaran dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat.

Tarikh tutup bagi kemudahan Pengeluaran Khas adalah pada 30 April 2022 dan ahli boleh memohon melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo