NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Suntikan penggalak kedua bagi warga emas 80 tahun ke atas


SINGAPURA: Warga tua berusia 80 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah, berpenyakit kronik teruk, akan layak menerima dos suntikan penggalak kedua bagi perlindungan lebih baik daripada COVID-19.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, berkata melihat kepada perangkaan antarabangsa mengenai perlindungan vaksin yang semakin merosot terhadap penyakit teruk, adalah disarankan bagi kumpulan itu untuk mendapatkan dos penggalak kedua.

"Ini kerana tahap perlindungan kumpulan individu ini didapati lebih cepat berkurangan terhadap jangkitan dan juga penyakit teruk," katanya pada sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam.

Sidang media itu diadakan secara dalam talian dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur bersama Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Prof Madya Dr Kenneth Mak.

Tambah Ye Kung lagi, Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 juga berkata dos suntikan penggalak kedua boleh memastikan kumpulan itu dilindungi dengan baik sedang Singapura menyambung semula aktiviti harian.

Mereka akan menerima suntikan dos kedua sekitar lima bulan selepas mendapat suntikan pertama.

Mereka yang layak termasuk warga tua berusia 80 tahun ke atas, penghuni kemudahan jagaan warga tua seperti rumah jagaan dan mereka yang berisiko dijangkiti penyakit teruk kerana sistem imun yang lemah atau penyakit kronik teruk.

kata Ye Kung, individu yang tidak mengambil dos keempat akan tetap mempunyai status 'vaksinasi penuh' walaupun 'amat disarankan' mereka melakukan demikian.

Prof Mak berkata mereka yang sistem kekebalan mereka lemah disarankan sebelum ini untuk suntikan dos vaksin ketiga sebagai sebahagian daripada siri asas dan dos keempat sebagai suntikan penggalak memandangkan sistem imun mereka lemah.

Tiada saranan bagi kumpulan ini untuk menerima dos suntikan penggalak atau dos vaksin kelima.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lebih banyak perincian mengenai bagaimana kumpulan berisiko boleh menerima dos penggalak kedua mereka akan diumumkan kelak.

"Melihat ciri-ciri varian dominan di Singapura, tiada rancangan untuk melanjutkan suntikan penggalak kepada penduduk yang lain.

"Namun keadaan pandemik kekal sebagai sesuatu yang kerap berubah dan MOH akan memantaunya dengan teliti bersama jawatankuasa pakar," katanya. - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo