NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor: 56 calon PN angkat sumpah, komited bentuk kerajaan bebas rasuah


SENAI, 3 MAC 2022 – Lafaz ikrar dan sumpah antirasuah yang dilakukan kesemua 56 calon Perikatan Nasional adalah bukti parti tersebut komited dan serius untuk membentuk kerajaan yang lebih berintegriti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Johor digesa untuk tidak mengulangi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, di mana pemimpin politik yang sudah didapati bersalah, masih bergerak bebas.

“Sebagai seorang Islam, bersumpah itu adalah satu yang perkara yang dianggap penting, ia satu bukti kesungguhan parti Perikatan Nasional untuk menentang rasuah. Sebagai seorang Islam, kalau saya langgar, takut saya.

“Sebab itu kita buat begitu (ikrar dan akujanji integriti), menunjukkan kepada rakyat di negeri Johor, kesediaan kita, sebagai petanda kesungguhan kita untuk memerangi rasuah dan penyelewengan,” katanya lagi.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Bangsa Johor diharap dapat menjadikan Pilihan Raya Negeri ini sebagai satu permulaan untuk membentuk kerajaan berasaskan nilai integriti dan lebih prihatin rakyat.

“Anda (calon PN) semua adalah benteng utama untuk menyekat kemaraan semula kumpulan kleptokrat, yang berasaskan rasuah dan penyelewengan. At all costs, we must stop the return of kleptocrats, stop the abuse of powers (kita perlu memerangi kleptokrat, hentikan salah guna kuasa).

“Saya yakin dengan ikrar dan akujanji, maka kita akan pertingkatkan imej, sebagai gabungan yang berpegang pada prinsip integriti, dan akan diyakini seluruh rakyat Johor. Apabila sampai 12 Mac nanti, mereka tidak ragu untuk berikan undi dan menyokong anda calon Perikatan Nasional,” tambahnya.

Sumber | Media Fastaqim




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo