NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taiwan Mengalami Gangguan Bekalan Elektrik Selama 90 Minit


Awal hari ini, sejumlah besar lokasi-lokasi di Taiwan dilihat menghadapi isu bekalan elektrik selama 90 minit, dan selain daripada rumah dan pejabat yang terkesan akibat gangguan tersebut, industri paling penting di Taiwan, iaitu industri pembuatan cip semikonduktor juga dilihat berhadapan dengan isu yang sangat serius.

Laporan daripada beberapa laman berita mengatakan isu ini bermula dari sebuah stesen jana kuasa Taipower di Kaohsiung yang menghadapi isu ketirisan sistem penyejukan yang menyebabkan stesen tersebut ditutup serta-merta.

Penutupan stesen jana kuasa ini menyebabkan sistem bekalan kuasa Taiwan kehilangan sekitar 10.5MW, dan kehilangan kuasa sebesar itu akan menyebabkan sistem keselamatan elektrik bangunan-bangunan untuk menutup bekalan kuasa mereka untuk memastikan tiada kemalangan berkaitan kuasa elektrik berlaku.

Oleh kerana ini juga, ia dilihat lokasi-lokasi seperti New Taipei CIty, Xinyi, Da’an, Neihu, Wenshan dan sebagainya semua tidak mempunyai bekalan elektrik selama 90 minit sebelum ia dipulihkan.

Beberapa syarikat pembuat cip di Taiwan dilihat telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini, dan TSMC, Nanya dan Winbond melaporkan bahawa mereka tidak terkesan dengan gangguan bekalan kuasa tersebut, tetapi beberapa syarikat lain seperti Innolux dan Yageo Kaohsiung dilihat menghadapi masalah gangguan tersebut, tetapi kerosakan kepada komponen dilihat hanya pada tahap minima.

Sumber | TechPowerUp , Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo